Gara-gara gurauan nakal seorang kawan baik pada hari perkahwinan, seorang pengantin lelaki akhirnya terlantar di hospital akibat kecederaaan parah.

Ai Guangtao terpaksa menerima jahitan selepas mengalami kecederaan di tubuh dan tengkorak retak.

Dia yang berasal dari wilayah Guizhou yang berang kerana gurauan melampau juga bernekad mahu menyaman rakannya itu.

Memetik laporan Telegraph, Ai Guangtao telah mengemukakan tuntutan mahkamah berjumlah 30,000 yuan (RM18,080) berikutan kejadian pada hari istimewanya, hujung bulan lepas.

Berkongsi pengalaman sedih pada hari perkahwinannya, Ai Guangtao akui terpaksa melarikan diri selepas rakannya membaling telur selain menyiramnya dengan bir dan dakwat.

Malah dia juga diikat pada tiang elektrik menggunakan pita plastik serta dipukul dengan buluh pada majlis berkenaan.

Bagi menyelamat diri, Ai Guangtao cuba melarikan diri sebelum dilanggar sebuah kereta yang melalui jalan berkenaan.

Lebih malang lagi, Ai Guangtao menerima padah apabila pemilik kenderaan pula menuntut ganti rugi kerosakan kenderaan selepas polis mengesahkan kemalangan itu berpunca daripada tindakan pengantin lelaki yang meluru ke jalan raya.

Ai Guangtao nekad menyaman rakannya atas tindakan yang ‘memusnahkan’ hidupnya sehingga dia terpaksa membayar ganti rugi selain cedera.

Budaya China agak terkenal dengan gurauan kasar yang dikenakan terhadap kedua-dua pengantin pada hari perkahwinan mereka. Ada kalanya ia agak keterlaluan sehingga pengantin wanita dicabul atau pengantin lelaki dimalukan.

Baru-baru ini, kerajaan China menyatakan hasrat untuk mengharamkan tindakan gurauan melampau walaupun ia merupakan satu budaya yang diikuti sejak berzaman.

Berpada-padalah kalau nak bergurau…

Jangan lupa tekan like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!