lelaki yang diberi gelaran sebagai“lelaki pokok” ini rela kedua-dua tangannya dipotong daripada menaggung kesakitan dan penderitaan yang tiada kesudahan baginya.

Daripada tahun 2016 lagi, Abul Bajandar, telah menjalani 25 pembedahan untuk membuang “kulit kayu” pada tangan dan kakinya di Dhaka Medical College Hospital, Bangladesh.

Doktor hampir mengisytiharkan rawatan itu berjaya, namun pemuda berusia 28 tahun itu kembali dimasukan ke hospital Januari lalu selepas keadannya bertambah buruk.

“Saya sudah tidak tahan. Setiap malam, saya tak dapat melelapkan mata.

“Saya minta doktor potong tangan saya bagi menghilangkan kesakitan dialami selama ini,” katanya.

Keputusan Bajandar ini, telah mendapat sokongan ibunya yang dikenali sebagai Amina Bibi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Sheikh Hasina berjanji untuk memberikan rawatan percuma untuk Bajandar selepas masalah dialaminya mengundang simpati negara itu.

Dia diberikan kabin peribadi bersama isteri dan anak perempuannya selama hampir dua tahun ketika pusingan pertama rawatannya.

Difahamkan, lelaki tersebut menderita penyakit genetik yang sangat jarang berlaku. Penyakit itu dinamakan sebagai epidermodysplasia verruciformis atau “sindrom lelaki pokok”.

Sehingga kini, tiada ubat yang mampu mengubati penyakit lelaki berkenan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke syafirajbiz@gmail.com & jangan lupa like page syafiraj DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!