Pengguna media sosial di Georgia, Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila mendapati sekeping gambar memaparkan seorang pakar hidupan liar bergambar bersama seekor aligator seberat lebih 300 kilogram (kg) adalah tulen.

Ahli biologi yang dikenali sebagai Brent Howze berkata, penduduk di Georgia pada mulanya cenderung percaya gambar berkenaan telah disunting sebaik sahaja dikongsi di internet memandangkan saiz reptilia itu terlalu besar berbanding aligator biasa.

“Rupa-rupanya ramai orang menyangka gambar ini palsu tetapi saya boleh sahkan ia tulen.

“Saya merupakan individu dalam gambar itu. Reptilia itu lebih besar daripada jangkaan dan kami terpaksa menggunakan jentera berat untuk mengalihkannya,” katanya.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Cordele Dispatch, aligator itu ditemui terperangkap di dalam sebuah parit di Tasik Blackshear minggu lalu.

Howze dan pasukannya kemudian bergegas ke kawasan tersebut untuk menyelamatkannya.

Malangnya, Howze dan pasukannya terpaksa membunuh aligator tersebut selepas mendapati reptilia gergasi itu sedang menderita disebabkan kecederaan akibat tembakan pada bahagian perutnya.

Ada cerita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!