Bermacam-macam perkara yang sanggup dilakukan oleh manusia demi untuk mengubah personaliti dan mencapai wajah impian.

Kita pernah baca mengenai wanita yang mahu menjadi seperti patung Barbie, selebriti pujaan seperti Pamela Anderson, haiwan peliharaan seperti biawak dan sebagainya dan terbaru dalam senarai ialah seorang lelaki yang mahu kelihatan seperti tengkorak.

Justeru, lelaki itu merupakan seorang pengukir tatu dari Colombia bernama Eric Yeiner Hincapié Ramírez atau dikenali sebagai Kalaca Skull mengubah wajahnya dengan tatu dan pembedahan ekstrem memotong telinga dan hidung untuk kelihatan seperti wajah kegemarannya, tengkorak.

Dia yang menjadi tajuk berita di seluruh Amerika Selatan akui meminati imej tengkorak sejak kecil namun hanya mengubah wajahnya selepas kematiannya ibunya 2 tahun lalu.

“Ibu saya tidak suka dengan idea saya ini. Walaupun saya menyukainya sejak kecil lagi,” katanya seperti yang dipetik Daily Mail.

Pembedahan pertama Kalaca Skull bermula dengan membuang separuh bahagian bawah hidung diikuti telinga, kedua-duanya adalah penampilan asas untuk membentuk kepalanya seakan tengkorak.

Tidak cukup dengan itu, dia kemudian mengenakan tatu secara agresif ke seluruh muka.

Antara rekaan tatu yang dikenakan ialah di lidah, tatu hitam di sekeliling mata, tatu seperti gigi sepanjang rahang dan tatu lukisan otak di atas kepalanya.

Dia juga memotong rambut seperti gaya mow-hawk bagi menampakkan seluruh kepalanya yang diwarnakan dengan tatu.

Walaupun dia sedar perbuatannya mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan orang ramai, tetapi Kalaca Skull yang baru berusia 22 tahun berpuas hati dengan pilihannya.

“Pengubahsuaian tubuh dan penampilan adalah keputusan peribadi seseorang dan tidak sepatutnya dihakimi.

“Ia sama seperti menghakimi wanita yang membuat pembedahan implan punggung serta payudara,” tambahnya lagi.

Bagi Kalaca Skull, pembedahan dan perubahan itu adalah cita-cita hidupnya walaupun dia menjadi tajuk utama berita.

Dia juga dijangka melakukan beberapa lagi pembedahan untuk tampil sebagai tengkorak hidup yang sempurna.

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!