Pada zaman moden dan canggih ini, siapa sangka masih ada kalangan manusia yang mengamalkan perbuatan sihir dan bomoh. Individu tidak bertanggungjawab ini sering menggunakan cara kotor semata-mata untuk membalas dendam atau mendapatkan sesuatu yang mereka hajati.

Seperti kisah yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, Asanda Teedow di Afrika Selatan yang terkejut apabila dia terjumpa gambarnya yang diikat dalam bungkusan biru berserta terdapat kulit ular, kemenyan dan darah.

Jumpa benda pelik dalam almari

Menerusi perkongsian tersebut, wanita ini memberitahu bahawa dia terjumpa bungkusan tersebut di dalam almari baju rakan baiknya ketika rakannya itu berada di dalam bilik air. Tambahnya lagi, dia amat terkejut apabila melihat gambarnya diikat pada ranting bunga ros bersama-sama dengan anting-antingnya yang sudah lama hilang. Menurut gadis ini, dia tidak tahu apa maksud disebaliknya dan pada ketika itu dia begitu takut untuk berhadapan dengan rakannya itu.

Umpama racun dalam hidup

Susulan daripada itu, seorang pengguna Twitter, Are Birth Of Venus turut memberi respon terhadap perkongsian gadis ini. Menurutnya, rakan baik gadis ini dikatakan cuba untuk membuatkan kehidupan gadis ini merana dan dipenuhi dengan halangan. Tambahnya lagi, simbolik ranting bunga ros itu adalah berkait rapat dengan soal hati dan perasaan. Selain itu, warna biru menggambarkan depresi, kesedihan, putus harapan dan emosi yang tidak stabil.

Menceritakan kisah itu, gadis ini seolah-olah tidak boleh lari dari negativiti kerana ianya seumpama racun dalam hidupnya. Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terkejut melihat keadaan yang menimpa gadis ini. Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang turut membuka mata supaya lebih berhati-hati dengan orang sekeliling.

Sumber: Asanda TeedowAre Birth Of Venus

Ada cerita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!