Bercakap tentang jejaka Korea, rata-rata ramai yang setuju bahawa lelaki dorang ramai yang kacak-kacak. Mungkin ada yang akan cakap yang dorang ini semua sebenarnya guna pembedahan plastik. Untuk pengetahuan korang, Korea mempunyai pahlawan-pahlawan yang kacak sehinggakan dorang mempunyai nama dorang tersendiri.

Kumpulan pahlawan ini diberi nama Hwarang ataupun Flowering Knights dan kadang-kala juga dikenali sebagai Hyangdo yang membawa maksud Fragrant Ones. Hwarang merupakan pahlawan yang hebat dari Silla iaitu salah satu daripada tiga kerajaan lama Korea. Kebanyakan daripada mereka merupakan anak-anak daripada keluarga bangsawan dan mereka telah dilatih dari kecil untuk menjadi salah seorang pahlawan yang hebat.

Kalau pahlawan-pahlawan lain mempunyai rupa yang ganas dan badan yang besar seperti gergasi, pahlawan Hwarang sangat berbeza. Mereka mempunyai rupa yang sangat kacak, memakai pakaian yang kemas dan sentiasa berbau wangi. Tidak dilupakan mereka juga sopan santun dan tidak kasar seperti pahlawan-pahlawan yang lain. Senang cerita kalau korang tengok betapa hensemnya artis-artis Korea sekarang, macam itu jugalah rupa Hwarang pada masa dulu.

Mengikut sejarah, Hwarang telah dicipta pada abad ke-6. Sebelum wujudnya Hwarang, pahlawan-pahlawan seperti ini dikenali sebagai Wonhwa yang bermaksud Original Flowers. Perbezaannya adalah Wonhwa adalah pahlawan-pahlawan wanita. Wonhwa telah dibahagi kepada dua kumpulan dan diketuai oleh dua wanita hebat iaitu Nammo dan Junjeong.

Kedua-dua ketua ini mula cemburu antara satu sama lain dan Nammo akhirnya telah dibunuh oleh Junjeong. Junjeong akhirnya dikenakan hukuman mati disebabkan kesalahannya dan Wonhwa kemudiannya telah dibubarkan.

Selepas itu, Raja kerajaan Silla bercadang untuk menguatkan lagi kerajaannya dan telah bercadang membuat satu kumpulan ketenteraan seperti Wonhwa. Cumanya kali ini dia mahukan semua ahlinya adalah lelaki muda yang dipilih daripada keluarga bangsawan dan mempunyai moral yang tinggi dan daripada situ terciptalah Hwarang.

Selain menjadi seorang pahlawan, Hwarang juga mempunyai pengetahuan yang tinggi. Mereka dikatakan mempelajari tentang agama seperti Buddhism, Confucianism dan juga Taoism. Mereka dikatakan selalu berjumpa dan berkumpul dikawasan-kawasan yang cantik seperti di gunung-gunung dan sungai untuk menari dan menyanyi sesama mereka.

Salah seorang general terkenal semasa zaman dahulu adalah General Kim Yu-shin. Dia merupakan salah seorang ahli Hwarang. Antara pencapaian terbesar yang telah dilakukan oleh General Kim Yu-shin adalah membantu kerajaan Silla dalam usaha untuk menyatukan kerajaan-kerajaan Korea. Dia juga berjaya membawa kemenangan dalam menentang kerajaan Baekje, sebuah kerajaan yang menjadi musuh utama kerajaan Silla.

Beberapa orang pahlawan terkenal yang datang dari kumpulan Hwarang adalah Commander Alcheon yang bertanggungjawab mempertahankan Istana Chiljung. Seorang lagi adalah Kim Wonsul, Hwarang yang berkhidmat dibawah raja ke-30 kerajaan Silla iaitu King Munmu. Dia bertanggungjawab menentang pemberontak China yang cuba untuk menawan Korea semasa Unification Wars.

Selepas Unification Wars, Hwarang telah dibubarkan dan mereka hanya fokus untuk menjadi ahli politik dan membantu mengembangkan budaya-budaya Korea. Sebelum tahun 1980, boleh dikatakan orang Korea sendiri tidak mengetahui siapa dan apa itu Hwarang. Sebuah manuscript yang bertajuk The Chronicles of the Hwarang kemudiannya telah dijumpai dan diperkenalkan kepada orang ramai yang mana menceritakan sejarah tentang pahlawan elite ini.

Hwarang juga, terkenal dengan ajaran-ajaran mereka sendiri. Antaranya adalah Five Relationships, Six Arts, Three Scholarly Occupations dan Six Ways of Government Services. Salah satu ajaran yang penting adalah Five Relationships yang mana dijadikan sebagai SOP untuk pahlawan Hwarang. Berikut adalah apa yang tertulis di dalam Five Relationships:

Setia kepada Raja
Berkhidmat kepada kedua-dua orang tua
Setia kepada rakan-rakan seperjuangan
Tidak lari dari medan pertempuran
Tidak membunuh tanpa sebarang motif

Ramai gadis-gadis malaysia meminati jejaka korea secara diam-diam..Betulke nie?…jom kongsi pendapat kat ruangan komen di bawah

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!