Cerita ini merupakan kisah sebenar dan telah terjadi yang mana kisah pembunuh bersiri ini digelar The Killer Clown.

John Wayne Gacy dilahirkan di Chicago Illinois pada tahun 1942. Dia mempunyai kehidupan yang sangat terseksa bila dia selalu didera oleh bapa dia sendiri yang juga merupakan seorang kaki botol. Semasa kecil, Gacy sangat rapat dengan adik perempuan dan emaknya sahaja. Ayahnya selalu memukul Gacy dengan pelbagai benda yang ada di dalam rumah seperti penyapu dan tali pinggang hanya kerana kesalahan kecil.

Semasa dia cuma berumur 9 tahun, dia telah beberapa kali dicabul oleh kawan-kawan keluarganya tanpa diketahui oleh ayah dan ibunya. Gacy tidak berani untuk memberitahu ayahnya kerana dia percaya ayahnya cuma akan menyalahkan dirinya balik.

Disebabkan tidak tahan didera, Gacy telah mengambil keputusan untuk lari daripada rumah semasa dia masih remaja. Dia telah melarikan diri ke Los Vegas dan bekerja sebagai seorang penjaga rumah mayat. Untuk jimat duit, dia mengambil keputusan untuk menetap di rumah mayat tempat dia bekerja.

Pada 1964, Gacy berpindah kembali ke kampung halamannya dan berkahwin. Ayah mertua Gacy telah menawarkan dia untuk menguruskan 3 KFC branch di Waterloo, Iowa. Pada masa ini kehidupan Gacy nampak seperti sudah sempurna dengan kerjaya yang bagus dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Disebabkan kejayaannya, Ayah Gacy sendiri telah mengaku yang dia bersalah kerana selalu mendera Gacy semasa kecil.

Namun pada 1967, Gacy mula berubah apabila dia telah mencabul seorang remaja lelaki berumur 15 tahun. Dia telah memberikan remaja itu air alcohol sebelum memujuk remaja tersebut untuk melakukan oral sex kepada dirinya.

Semenjak daripada itu, Gacy mula mencari lebih ramai lagi mangsa. Dia akan mencari remaja-remaja lelaki dan memujuk mereka untuk melakukan hubungan sex dan kadang-kala menipu mangsa-mangsanya yang dia sebenarnya sedang melakuan experiment homosexual untuk scientific research.

Mangsa pertama Gacy akhirnya mengambil keputusan untuk memberitahu ibu bapanya dan ini membuatkan Gacy ketakutan. Gacy mengambil keputusan untuk mengupah salah seorang pekerjanya untuk menculik dan memukul budak lelaki tersebut supaya dia tidak melaporkan kegiatan Gacy pada polis.

Namun tindakan Gacy tidak berjaya dan akhirnya pada 1968, Gacy telah disabitkan kesalahan dan dipenjara selama 10 tahun. Isteri Gacy pula mengambil keputusan untuk menfailkan penceraian dan itulah kali terakhir Gacy melihat isteri dan dua orang anaknya.

Namun Gacy sangat pandai berlakon. Didalam penjara Gacy sangat dihormati bukan saja oleh banduan lain tetapi daripada warden penjara juga. Dia telah membantu untuk memberikan idea untuk menaiktaraf penjara yang dia sedang tinggal dan pada 1970, dia telah diberikan probation daripada penjara selepas hanya menjalani hukuman selama 18 bulan.

Selepas keluar daripada penjara, Gacy telah kembali ke Chicago dan menumpang di rumah emaknya. Tidak sampai setahun keluar daripada penjara, Gacy sekali lagi dituduh atas cubaan merogol seorang remaja lelaki tapi dia bernasib baik kerana dilepaskan disebabkan remaja lelaki tersebut tidak hadir ke mahkamah semasa pembicaraan sedang berlangsung.

Gacy telah berkahwin semula pada tahun 1972 dan mempunyai bisnes construction dia sendiri. Kehidupan Gacy stabil kembali dan dia juga dihormati oleh jiran-jiran dikawasan perumahannya. Gacy telah menyertai satu persatuan yang dipanggil The Jolly Joker. Persatuan ini akan dress up seperti badut dan melakukan persembahan di acara-acara fundraising dan juga di hospital untuk menceriakan kanak-kanak yang sedang sakit.

Didalam persatuan ini, Gacy dikenali sebagai Pogo The Clown. Isteri baru Gacy mula syak sesuatu yang pelik pada Gacy apabila dia selalu menjemput remaja-remaja lelaki ke garage keretanya malah turut menjumpai video-video gay pornography di dalam garage tersebut.

Gacy akhirnya bercerai dengan isterinya apabila dia memberitahu yang dia sebenarnya seorang Bisexual dan tidak mahu lagi bersama-sama dengan isterinya. Pada suatu hari, Gacy telah mengajak seorang remaja lelaki bernama Timothy McCoy yang pada masa itu berumur 15 tahun. Dia telah membawa remaja tersebut bersiar-siar sekitar Chicago dan menjemputnya untuk tidur di rumah Gacy.

Pada keesokan harinya, Gary terkejut apabila dia melihat Timothy sedang berdiri di dalam biliknya sambil memegang sebilah pisau. Tanpa memikir panjang, Gacy telah menyerang Timothy dan setelah lama bergelut, Gacy telah menikam Timothy sehingga mati. Setelah menikam Timothy, Gacy telah pergi ke dapur dan mula menyedari sebenarnya Timothy sudah menyediakan sarapan pagi untuknya dan Timothy tidak berniat langsung untuk menyerang Gacy.

Namun ini merupakan pertama kali Gacy membunuh dan baginya ia merupakan pengalaman yang paling dia cari. Gacy mula ketagih untuk membunuh lagi. Mangsa Gacy seterusnya telah dibunuh dan disorokan didalam almari rumahnya. Selepas itu Gacy mula mencari lagi ramai mangsa yang mana kesemua mangsanya akan dirogol, dibunuh dan kemudiannya ditaman di bawah rumahnya.

Semakin banyak mayat telah ditanam dibawah rumahnya dan akhirnya Gacy mengambil keputusan untuk membuang mayat mangsa seterusnya ke dalam sungai dikawasan rumahnya. Polis mula curiga dengan tindakan Gacy dan mereka mula meletakan Gacy dibawah pengawasan.

Pada 1978, Gacy akhirnya mengaku bersalah apabila semakin banyak bukti muncul bagi kes-kes remaja lelaki yang hilang. Dia kemudiannya diberikan hukuman sampai mati apabila lebih daripada 30 mayat telah dijumpai tanam dibawah rumahnya. Pada 1994, dia telah diberikan suntikan maut sebagai hukumannya yang terakhir.

Mendengarkan kisah-kisah sebegini, menjadikan kita takut untuk biarkan anak-anak jalan berseorangan. Lebih-lebih lagi anak perempuan. Semoga kita dijauhi dari perkara-sebegini. Aminn

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!