Hacker berkamsud Penggodam dalam konteks jenayah komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci.

Hari ini saya akan share pada anda tentang beberapa hacker wanita cantik, hebat dan berbahaya..Jika lihat pada wajah mereka, saya sendiri seakan-akan tak percaya bahawa mereka ini adalah seorang hacker.

ANNA CHAPMAN

Anna Chapman merupakan seorang hacker dari Rusia yang menetap di New York. Dia telah terlibat dengan satu program haram dan rahsia dari pihak perisik Rusia dan telah ditangkap bersama-sama dengan sembilan orang perisik yang lain pada tahun 2010.

Dia telah mengaku bersalah kerana menjadi perisik pihak Rusia dan menetap di Amerika Syarikat tanpa memberitahu pihak Amerika Syarikat tentang hubungannya dengan pihak Rusia. Dia kemudiannya telah dihantar semula ke Rusia dalam satu program penukaran banduan. Kini dia lebih dikenali sebagai seorang model yang semakin popular!

JOANNA RUTKOWSKA

Kalau hackerhacker lain cuba untuk mencuri data dan maklumat penting dari individu, syarikat dan negara, Joanna Rutkowska berbeza dengan hacker biasa. Ini kerana dia adalah hacker yang bertanggungjawab mencipta alat untuk menentang kembali serangan-serangan hacker.

Dia mula menjadi terkenal ketika di DefCon 2006 apabila dia telah berjaya menunjukkan kepada orang ramai betapa lemahnya security yang terdapat pada Windows Vista. Sebagai seorang hacker yang digeruni, dia telah menubuhkan syarikat security services dia yang sendiri dan dikenali sebagai Invisible Things Labs.

ADEANNA COOKE

Yang ini paling rare sebab bukan sahaja dia seorang hacker wanita tapi Adeanna Cooke juga adalah bekas model Playboy! Dia juga merupakan seorang selftrained hacker dan hanya menggunakan skill yang ada pada dirinya untuk membantu wanita-wanita yang ditindas.

Kali pertama dia menggunakan skill hacking yang ada pada dirinya adalah bila dia terjumpa satu website yang menggunakan gambar separuh bogel dirinya tanpa mendapatkan kebenaran daripada Playboy dan juga dirinya. Dia telah mengambil keputusan untuk menggodam website tersebut dan memadam sendiri semua gambar-gambarnya yang ada pada website tersebut. Kini dia turut membantu wanita-wanita lain yang mengalami nasib yang sama sepertinya. Disebabkan itu dia dikenali sebagai Hacker Fairy!

KRISTINA SVECHINSKAYA

Salah satu nama yang terkenal dalam scene hacker, Kristina merupakan seorang hacker yang berasal dari Rusia. Seperti Anna, dia juga pernah menetap dan menyambung pelajarannya di New York. Dia terkenal dengan menggodam account bank dan mencipta passport palsu.

Dengan menggunakan Zeus Trojan Horse malware, dia telah menggodam beribu account bank di Amerika Syarikat dan juga telah berjaya mencipta beberapa account bank palsu untuk dia transfer duit-duit yang telah dia curi. Dia dikatakan telah berjaya mencuri hampir USD3 juta dan telah mendapat gelaran The World Sexiest Computer Hacker!

XIAO TIAN

Kalau korang nak tahu, Xiao Tian merupakan orang yang bertanggungjawab menubuhkan sebuah kumpulan hacker wanita yang diberi nama China Girl Security Team. Tujuan utama dia menubuhkan kumpulan ini kerana dia merasakan tiada tempat untuk gadis-gadis sepertinya belajar tentang hacking.

Kumpulan yang dicipta olehnya kini dikatakan mempunyai hubungan rapat kumpulan hacker terbesar dan kini kumpulannya merupakan kumpulan hacker yang digeruni di China. Kumpulan ini sentiasa berada dalam pemerhatian pihak berkuasa disana kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan beberapa cyber attack yang berlaku.

Apa kata korang pulak..seandainya korang mempunyai IQ seperti mereka, apa yang korang akan lakukan?..jom pakat kongsi kat ruangan komen

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

2 thoughts on “Hacker Wanita Lawa Tapi Berbahaya!!!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!