Korang pernah dengar tentang kota Atlantis ? Kalau korang tengok movie Aquaman yang keluar tahun lepas, mesti korang tahu yang mak Aquaman sebenarnya berasal daripada kota Atlantis. Tapi ada orang cakap sebenarnya kota Atlantis ini sebenarnya memang wujud.

Kalau nak tahu kisah sebenar kota Atlantis ini, kita kena kembali ke zaman Greek dan baca kisah yang diceritakan oleh ahli falsafah terkenal iaitu Plato. Plato memberitahu yang pada abad 360 B.C, kota Atlantis ini di diami oleh orang Atlanteans. Plato memberitahu yang orang-orang Atlanteans mempunyai rupa seperti manusia biasa tapi mempunyai kehebatan seperti dewa-dewa Greek.

Tempat sebenar kota Atlantis masih menjadi persoalan sehingga sekarang. Ada yang kata kota Atlantis ini terletak di kepulauan Mediterranean. Ada juga yang percaya ia terletak di Lautan Pasifik, Caribbean dan juga berdekatan dengan Antartika.

Kota Atlantis dikatakan adalah satu pulau yang besar dan dikelilingi dengan pulau-pulau yang kecil. Plato memberitahu selain daripada orang Atlanteans yang tinggal di pulau tersebut, terdapat juga haiwan-haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan yang tak terdapat di tempat lain.

Nak dijadikan cerita, orang-orang Atlanteans mula berubah sikap. Rakyat-rakyat dorang mula naik kepala dan raja dorang mula menyerang pulau-pulau yang berhampiran dengan dorang untuk membesarkan empayar. Ini telah membuatkan tuhan-tuhan Greek marah.

Sebagai balasan, pelbagai bala bencana telah dihantar kepulauan Atlantis. Ini termasuklah gempa bumi dan juga banjir kilat. Plato memberitahu, dalam masa satu hari, semua rakyat-rakyat dan kepulauan Atlantis telah ditenggelamkan ke dasar laut.

Cerita tentang kepulauan Atlantis ini telah dipopularkan kembali pada abad ke-19 apabila seorang ahli dewan rakyat Amerika Syarikat dan part time scientist, Ignatius L. Donnelly menulis sebuah buku bertajuk Atlantis: The Antediluvian World.

Namun ramai juga orang yang percaya yang kota Atlantis sebenarnya terletak disekitar pantai Bahamas. Salah seorang penulis bernama Charles Berlitz menyatakan sebenarnya kota Atlantis telah ditelan oleh Bermuda Triangle. Kenapa ramai orang percaya dengan theory Charles Berlitz?

Ini kerana sekitar laut Bahamas, terdapat satu longgokan batu di dasar laut yang berbentuk seperti jalan. Longgongkan batu ini dipanggil sebagai The Bimini Road. Mereka percaya yang longgongkan batu ini sebenarnya sebahagian daripada jalan yang terdapat pada kota Atlantis.

Terdapat juga theory yang menyatakan sebenarnya Atlantis merupakan sebahagian daripada Antartika. Pada tahun 1958, terdapat sebuah buku yang bertajuk Earth’s Shifting Crust yang ditulis oleh Charles Hapgood. Dalam buku tersebut, dia menyatakan pada 12,000 tahun dahulu Atlantis telah terpisah daripada Antartika.

Sehingga hari ini, masih banyak theori-theori tentang kewujudan kota Atlantis sama ada ia betul wujud ataupun ia sekadar kisah-kisah dongeng sahaja. Kalau betullah wujud..camnalah diorang bernafas dalam air tu.Aihh macam-macam..Apa kata korang pulak..jom kongsi pendapat kat ruangan komen..

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!