Anda mungkin tahu atau pernah dengar tentang Dark Web tapi admin bukan nak bercerita tentang Dark Web nie. Dark Web jika dikongsikan adalah agak bahaya. Jadi admin hanya akan share beberapa website yang korang boleh search dengan mudah tapi masih dikategorikan dalam kategori menyeramkan.

HOMICIDE MONITOR

Jika anda nak tengok berapa banyak kes pembunuhan yang berlaku diseluruh negara pada masa lepas?…anda boleh layari website Homicide Monitor ini. Walaupun kes pembunuhan ini yang ditunjukkan hanya sehingga tahun 2018, tapi agak seram jugalah sebab korang boleh tengok berapa banyak angka kematian di setiap negara.

Sebagai contoh untuk Malaysia. Pada tahun 2016, Malaysia mencatatkan angka kematian kes bunuh sebanyak 456 orang dan daripada tahun 2000 sehingga tahun 2016.

GOODBYE WARDEN

Pernah tak anda terfikir, apa kata-kata terakhir banduan sebelum mereka dihukum mati?…kata-kata mereka akan membuatkan anda rasa seram dan dalam masa yang sama rasa sedih. Anda boleh layari website Goodbye Warden ini. Dalam website ini, ia memaparkan kata-kata terakhir daripada 540 banduan sebelum mereka menerima hukuman mati di Texas.

Kata-kata terakhir ini dikumpul bermula daripada tahun 1982. Admin tahu yang kita tak patut kesian dengan banduan, yelah ada sebab kenapa dorang bergelar banduankan tapi bila anda baca betul-betul kata-kata terakhir mereka, korang dapat rasa yang dorang seolah-olah betul-betul insaf dengan kejahatan yang telah mereka lakukan suatu ketika dulu.

DOOMSDAY CLOCK

Kita semua tahu yang satu hari nanti, kiamat pasti akan tiba. Lagi-lagi kita sebagai orang islam sememangnya wajib percaya akan hari kiamat. Di Bulletin of the Atomic Scientist, terdapat beberapa kajian yang akan menunjukan bagaimana dunia yang kita duduki sekarang akan musnah.

Para scientist di sini akan mengambil kira apa yang akan menyebabkan dunia ini akan musnah berdasarkan apa yang manusia sendiri telah lakukan. Ini termasuklah masalah climate change sehinggalah kepada peperangan senjata nuclear. Para scientist ini juga merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menasihati kerajaan dalam membuat satu-satu keputusan.

OUTRIDER

Dengan negara luar yang semakin bergolak dan kebanyakan daripada dorang mempunyai senjata nuclear, sudah tentu ada di antara anda yang terfikir apa yang akan terjadi andai kata tempat tinggal anda di bom menggunakan bom nuclear.

Anda boleh layari website Outrider. Dekat website nie, anda boleh setkan tempat tinggal dan bom nuclear apa yang akan digunakan. Selepas itu anda akan nampak betapa besarnya impak letupan dan beratus ribu orang yang akan mati jika tempat anda betul-betul di bom dengan bom nuclear!

Seram weii…sebenarnya adalah lagi..tapi lain kalilah admin akan share lagi..apa pula kata anda?…jom komen kat ruangan komen di bawah

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

3 thoughts on “WEBSITE YANG MENYERAMKAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!