Menurut laporan yang disampaikan oleh penulis L.A. Times; Garrett Therolf. Dalam laporan tersebut Garrett Therolf merungkai bagaimana sepanjang lapan bulan, kanak-kanak ini terpaksa menderita dengan penderaan yang kejam, termasuk berulang kali dipukul, ditembak di muka dengan bb gun, dipaksa untuk memakan najis kucing, dikunci di dalam almari kecil serta di serbu dengan paper spray.

Gabriel Fernandez hanya berusia 8 tahun ketika dia dibunuh secara kejam oleh ibunya Pearl dan teman lelakinya, Isauro Aguirre. Seperti apa yang dijelaskan secara terperinci di dalam siri dokumentari di Netflix; The Trials of Gabriel Fernandez, kanak-kanak berusia 8 tahun ini dihampakan oleh sistem yang sepatutnya melingdungi hidupnya.

Mimpi buruk dan kejam yang dialami Gabriel Fernandez selanjutnya berakhir apabila ibu dan teman lelakinya memukul serta menderanya sehingga mati.

Social workers cleared of letting mother murder boy, 8, over fears ...

Yang paling teruk yang ramai mempertikaikan dalam kes yang telah melibatkan pemergian nyawa seorang kanak-kanak tidak bersalah ini adalah apabila Jabatan Perlindungan Kanak-kanak dan Service Keluarga serta penguatkuasa undang-undang dipanggil ke tempat kejadian beberapa kali sebelum kematian Gabriel.

Namun tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa. Serta pernah juga dilaporkan bahawa pengawai perlindungan kanak-kanak juga pernah menyuruh Gabriel untuk berhenti menipu dan membenarkan penderanya untuk meneruskan penyeksaan sehingga hujung nyawanya berakhir dengan insiden yang mengerikan.

Di dalam siri dokumentari Netflix ini yang diarahkan oleh Brian Knappenberger, kisah yang berlaku pada tahun 2013 ini juga membawa penonton menyelami bagaimana Gabriel Fernandez didera oleh ibu kandungnya sendiri bersama dengan teman lelaki ibunya.

The Trials of Gabriel Fernandez director reveals harrowing child ...

Siri dokumentari ini juga kita diperlihatkan dengan bagaimana pembunuh Gabriel, iaitu ibu kandungnya sendiri tidak pernah menjaganya dari awal. Sepanjang kehidupannya selama tujuh tahun, Gabriel dijaga dan dibesarkan oleh saudara-maranya sebelum ibunya memperoleh hak jagaannya pada November 2012. Bermula dari 22 May 2013, Gabriel dikatakan telah didera berulang kali di rumahnya yang terletak di Palmdale, California Amerika Syarikat.

Sama seperti kanak-kanak yang lain, Gabriel merupakan seorang kanak-kanak yang baik dan innocent yang suka menolong orang dan mendambakan kasih sayang daripada keluarganya. Sebelum berpindah bersama ibunya, Pearl Fernandez, teman lelakinya, Isauro Aguirre, dan dua adik beradik di Palmdale, yang terletak di utara Los Angeles, Amerika Syarikat, Gabriel digeledah di antara rumah saudara-saudaranya.

Seperti apa yang digambarkan di dalam siri Netflix tersebut, Gabriel pada awalnya menumpang kasih dengan pak cik saudaranya dari masa ke semasa dan beliau juga selalu tinggal bersama di rumah atuk dan nenek beliau. Klip video yang ditunjuk di dalam siri dokumentari ini turut memperlihatkan bagaimana Gabriel tampak gembira dan sihat sebelum berpindah ke rumah ibunya.

Namun setelah diambil dan mendapat hak penjagaan penuh oleh ibunya, dari situ kehidupan Gabriel mula tunggang terbalik setelah ibunya menyedari beliau mampu meraih duit dan mendapat faedah kebajikan, walaupun terdapat kebimbangan dari keluarganya bahawa ibunya telah mengabaikan anak-anaknya yang lain.

Apabila tinggal bersama ibunya, Pearl. Gabriel telah dihantar ke sekolah baru. Sejurus berada di sekolah baharu tersebut, cikgu yang mengajarnya iaitu Jennifer Garcia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena pada Gabriel apabila kanak-kanak tersebut menanyakan soalan “Adakah normal bagi seorang ibu untuk memukul anak-anak mereka?”. Lantas Jennifer Garcia terus mendesak Gabriel untuk menceritakan kisah yang sebenar berlaku di rumah. Menurut Jennifer Garcia, antara soalan-soalan yang ditanya oleh Gabriel, “adakah ianya normal untuk dipukul dengan buckle tali pingang” dan “adakah normal untuk kita berdarah?”.

Semasa tahun persekolahan diteruskan, penderaan Gabriel terus bertambah teruk. Dia mula datang ke kelas dengan tompok-tompok rambut yang hilang, kudis di kulit kepala, bibir yang cedera daripada ditumbuk di muka dan lebam di seluruh wajahnya selepas ibunya menembaknya dengan pistol BB. Menurut saksi juri, adik-beradik Gabriel berkata dia dipaksa memakan najis kucing dan dikunci di kabinet di bilik ibunya. Mereka berkata Fernandez dan Aguirre memanggilnya “gay” dan menghukumnya kerana mempamerkan sifat-sifat feminin, seperti bermain dengan anak patung.

Selepas Pearl Fernandez menelefon 911 pada 22 Mei 2013 untuk melaporkan bahawa Gabriel tidak lagi bernafas, para ahli paramedik yang berada di lokasi kejadian mendapati Gabriel menalami tulang rusuk yang patah, tengkorak retak dan pelet BB tersangkut di tubuhnya. Dalam dokumentari itu, seorang ahli paramedik yang tiba di tempat kejadian berkata, kes Gabriel adalah yang paling teruk dan ngeri yang pernah di hadapi dalam kerjayanya.

Selepas disiasat oleh pihak berkuasa, Pearl Fernandez mengaku bersalah atas pembunuhan anaknya itu dan menerima hukuman penjara seumur hidup. Manakala teman lelaki ibunya, Isauro Aguirre dijatuhi hukuman mati pada tahun 2018 berikutan sabitan pembunuhan dengan niat khusus pembunuhan yang disengajakan oleh penyeksaan dalam kes pembunuhan Gabriel Fernandez.

Kes penderaan kanak-kanak Gabriel Fernandez adalah antara kes penderaan yang teruk pernah di laporkan. Kalau korang nak usha lebih lagi info dan terperinci tentang kes Gabriel Fernandez, korang boleh usha siri dokumentari ini di Netflix.

Apa motif mak dia dera pun menjadi tanda tanya jugak…langsung tak ada perasan kesian kat anak. Tambah pulak budak kecil. Admin sendiripon pukul anak sekadar untuk mengajar je. Pukulpun kat tapak kaki atau betis je..tupun tak ada kesan-kesan lebam, berbirat atau luka..sekadar untuk mengajar anak..

Anda pulak pernah ada pengalaman macam nie ke?…jom kongsi cerita kat ruangan komen

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!