Anda mesti pernah dengar tentang Bermuda Triangle ? Tempat yang selalu kapal laut dan kapal terbang hilang tanpa sebab dan juga selalu dikaitkan dengan kejadian-kejadian misteri.

Tapi anda tahu ada satu lagi tempat yang sama dan berada di lautan pasifik?

Kawasan ini digelar sebagai The Devil Triangle. Terletak berdekatan dengan perairan Jepun dan seperti Bermuda Triangle, The Devil Triangle juga terkenal dengan kejadian-kejadian yang pelik.

.

The Devil Triangle atau lebih dikenali sebagai The Ma-No Umi. Ianya juga dikenali sebagai The Dragon Sea.

.

Secara kasarnya, kawasan The Devil Triangle ini bermula dari atas perairan Jepun terus ke Filipina dan berakhir berdekatan dengan Mariana Trench.

.

Selain daripada kisah kapal laut yang hilang secara tiba-tiba, ada juga kisah aneh lain seperti ada yang nampak kapal UFO, Ghost Ship dan juga raksasa yang dikatakan menjaga kawasan tersebut.

Ada juga yang mengatakan didasar laut The Devil Triangle terletaknya kota Atlantis. Kisah-kisah pelik ini bermula sejak dari abad ke-13 lagi.

.

Terdapat satu kisah yang menyatakan pada abad tersebut, orang Mongolia sedang dalam cubaan menyerang Jepun atas arahan cucu Genghis Khan.

.

Mereka telah mencuba sebanyak dua kali untuk menyerang Jepun. Yang pertama pada 1274AD dan yang kedua pada 1281AD.

.

Kedua-dua serangan ini berakhir sebelum mereka sempat mendarat di Jepun kerana kapal-kapal mereka hancur diserang ribut taufan semasa sedang berlayar diperairan The Devil Triangle.

Bekas-bekas kapal tentera Mongolia dikatakan masih berada di dasar laut The Devil Triangle dan mereka juga menyatakan sebanyak 40,000 askar Mongolia telah mati dalam dua kemalangan tersebut.

.

Kejadian-kejadian pelik di The Devil Triangle semakin popular pada tahun 1940 dan tahun 1950.

.

Artikel Yang Mungkin Juga Anda Berminat ;

.

Dalam tempoh sepuluh tahun ini, sembilan kapal laut yang lalu dekat The Devil Triangle dilaporkan telah hilang.

.

Ini termasuk 20 kapal selam daripada perang dunia kedua juga dilaporkan telah hilang daripada radar. Kejadian ini biasanya berlaku dari Miyake sehinggalah ke pulau Iwo Jima.

Antara cerita-cerita mangsa yang terselamat semasa melalui The Devil Triangle menyatakan yang cuaca akan tiba-tiba berubah semasa memasuki kawasan The Devil Triangle.

.

Daripada panas terik, kawasan tersebut terus berubah menjadi ribut taufan tanpa sebarang sebab dan tanda-tanda!

.

Semasa perang dunia kedua, seorang juruterbang tentara Jepun iaitu Toksiaki Lang menyatakan dia ternampak bayang-bayang makhluk yang sangat besar diperairan The Devil Triangle semasa dia sedang mengejar kapal terbang Amerika Syarikat.

.

Dia menyatakan bayang-bayang tersebut seakan-akan seekor ular yang sangat panjang dan besar.

Terdapat satu kisah yang berlaku semasa perang dunia kedua apabila juruterbang Jepun yang sedang memandu kapal terbang Kawanishi HK-8 hilang secara tiba-tiba selepas dia menghubungi kem tentera.

.

Sebelum itu dia ada memberitahu yang langit dihadapannya seakan-akan telah terbuka. Mayat dan serpihan kapal terbang tersebut tidak dijumpai sehinggalah sekarang.

.

Semasa tahun 1950 sehingga tahun 1954, sembilan kapal telah hilang secara tiba-tiba. Hanya satu kapal sahaja yang sempat menghantar pesanan kecemasan sebelum kapal tersebut hilang.

.

Kesemua kapal-kapal ini adalah kapal moden yang dilengkapi dengan segala peralatan canggih ketika zaman tersebut seperti radio dan senjata.

Disebabkan banyak perkara-perkara pelik yang berlaku di The Devil Triangle, kerajaan Jepun telah menghantar kapal Kaio Maru 5 untuk menyiasat apa sebenarnya yang telah berlaku dikawasan tersebut. .

Malangnya kapal tersebut juga menerima nasib yang sama ketika ia masuk ke kawasan The Devil Triangle.

.

Walaupun kerajaan Jepun berjaya menemui kapal Kaio Maru 5, semua anak kapal yang dikatakan mengikut misi tersebut telah hilang.

.

Mereka tidak menjumpai satu mayat pun di dalam kapal tersebut dan kapal tersebut tidak mempunyai tanda-tanda diserang dan juga kerosakan.

Selepas kejadian tersebut, kerajaan Jepun telah menghentikan segala siasatan dikawasan tersebut dan mengeluarkan amaran kepada rakyat mereka untuk tidak berada berdekatan dengan kawasan The Devil Triangle kerana takut malapetaka akan berlaku.

Artikel Lain ;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!