Mumia merupakan manusia ataupun haiwan mati yang telah diawet supaya mayat ataupun bangkai mereka tidak mereput jika disimpan dalam masa yang lama.

Mumia ini telah ditemui di setiap benua dan telah dijadikan sebagai artifak kebudayaan.

Perkataan mumia berasal daripada bahasa arab zaman pertengahan iaitu “Mumiya” yang bermaksud mayat yang diawet.

Proses pengawetan ini dipanggil sebagai Mummification dan biasanya ia dilakukan kepada orang tertentu sahaja seperti kaum kerabat diraja.

Biasanya organ dalaman akan dikeluarkan dahulu kecuali hati kerana orang bangsa Egypt dahulu percaya yang roh manusia terletak pada hati mereka. Beberapa mumia yang terkenal di dunia!

TUTANKHAMUN

Raja Tut merupakan seorang Firaun yang terkenal kerana mati pada usia muda. Punca kematian dan bila hari terakhir dia hidup masih lagi menjadi misteri sehingga sekarang. Apa yang boleh disahkan adalah dia telah mati lebih dari 30,000 tahun.

Mumia Raja Tut telah dijumpai pada tahun 1922 oleh Howard Carter bersama-sama dengan rakannya iaitu Lord Carnarvon.

Selepas beberapa bulan mumia Raja Tut dijumpai, Lord Carnarvon telah disahkan mati. Kes Kematiannya telah dikaitkan dengan sumpahan Raja Tut.

Mungkin Anda Juga Berminat Dengan Artikel Ini;

VLADIMIR LENIN

Vladimir Lenin merupakan salah seorang pemikir dan ahli politik terkenal pada abad ke-20. Dia juga dikenali Father of Russian Communism dan sebagai orang yang bertanggungjawab membentuk Union of Soviet Socialist Republics (USSR).

Mummification Valdimir Lenin ini telah dilakukan bagi menunjukkan kepada generasi akan datang tentang proses Mummification kerana sebelum ini proses-proses ini cuma dilakukan pada zaman-zaman kuno.

Mayat Vladimir Lenin terpaksa dibasuh dengan beberapa cecair chemical dan juga injection bagi memastikan tubuhnya tidak rosak.

ROSALIA LOMBARDO

Rosalia Lombardo merupakan mumia seorang kanak-kanak dari Itali yang menghidap penyakit Pneumonia dan telah mati pada usia dua tahun.

Ayahnya dikatakan sangat sedih apabila mendengar berta kematian Rosalia.

Dia kemudiannya telah meminta Dr Alfredo Salafia, seorang doktor bedah mayat untuk melakukan proses mummification kepada anaknya.

Mayat Rosalia dilihat seperti seorang kanak-kanak yang masih tidur walaupun mayat tersebut telah diawet sejak berpuluh-puluh tahun.

Disebabkan itu mumia Rosalia turut digelar sebagai Sleeping Beauty.

Proses mummification yang dilakukan oleh Dr Alfredo dikatakan sangat sempurna dan proses ini menjadi misteri selama 90 tahun sehinggalah para pengkaji berjaya mendapatkan maklumat tentang bahan dan cara proses yang dilakukan.

OTZI THE ICEMAN

Mumia yang juga dikenali sebagai Similaun Man ataupun Man from Hauslabjoch merupakan mumia seorang lelaki dari tahun 3300 BC.

Mumia ini telah dijumpai pada September 1991 di Schnalstal Glacier berdekatan Otztal Apls disempadan antara Austria dan Italy

Mumia Otzi The Iceman ini merupakan mumia tertua dari Eropah dan dikatakan berasal dari zaman Chacolithic ataupun zaman tembaga.

Punca kematiannya telah disahkan disebabkan oleh hentakan pada kepala. Ada yang menyatakan dia telah dibunuh ketika sedang mendaki banjaran Otztal.

SAINT BERNADETTE

Saint Bernadette ataupun nama sebenarnya Maria-Bernada Sobiros telah dilahirkan pada tahun 7 Januari 1844 dan telah meninggal dunia pada 16 April 1879 merupakan seorang biarawati dan anak seorang peladang yang tinggal di pekan Lourdes.

Namun mayat Saint Bernadette berbeza dengan mumia-mumia yang lain kerana mayatnya tidak diawet seprti mumia yang lain.

Ketika kali pertama mayatnya dikeluarkan semula pada tahun 1909, wakil-wakil gereja mendapati mayatnya tidak hancur seperti mayat-mayat lain.

Kali kedua mayatnya dikeluarkan pada tahun 1919, doktor yang memeriksa mayat Saint Bernadette mendapati mayatnya telah mengalami proses mummification secara semula jadi!

Artikel Lain;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!