Penduduk muka bumi dianggarkan mencecah lebih 7 bilion orang. Boleh di katakan bumi sekarang padat dengan kumpulan-kumpulan manusia yang duduk di setiap kawasan. Sesuatu kawasan dibangunkan menjadi sebuah bandar dan di huni oleh manusia dari generasi ke generasi. Pernah tak korang bayangkan apa rasanya kalau tempat tinggal korang tu dah tak berpenghuni? Yang ada cuma bangunan-bangunan dan barang-barang yang ditinggalkan begitu sahaja.

https://www.instagram.com/p/B3wzVs-gWS1/?utm_source=ig_embed

1. PULAU HASHIMA, JEPUN

Sebuah kepulauan kecil luar pantai Nagasaki pada awalnya dijadikan sebagai tempat perlombongan arang batu pada tahun 1887. Pulau Hashima, atau disebut juga Gunkanjima yang bermaksud Battleship Island, kemudian dibeli oleh Mitshubishi untuk membina bangunan konkrit dan mewujudkan satu penempatan di situ. Hashima kekal sebagai tempat tumpuan untuk melakukan aktiviti perlombongan, terutamanya semasa perang dunia kedua.

Banyak bangunan yang dibina untuk membentuk satu bandar di situ seperti hospital, sekolah, pusat komuniti, termasuklah kolam renang dan panggung wayang sebagai hiburan. Pada tahun 1950-an, kepadatan penduduk di pulau itu mencecah lebih 5,200 penduduk. Pulau Hashima mula ditinggalkan selepas perlombongan di situ ditutup pada tahun 1974.

2. VAROSHA, CYPRUS

Pada awal tahun 1970-an, sebuah pantai yang indah di Varosha, Cyprus menjadi salah satu destinasi popular di Mediterranean dalam kalangan jutawan. Pinggiran bandar Varosha menjadi tarikan pelancong-pelancong yang kaya serta selebriti seperti Elizabeth Taylor dan Brigitte Bardot. Mereka sering tinggal di hotel-hotel mewah. Tetapi semua itu berubah pada Ogos 1974, selepas Turki menyerang Cyprus sebagai tindak balas kepada rampasan kuasa nasionalis Yunani.

Lebih kurang 15,000 penduduk di Varosha lari meninggalkan bandar mereka. Segala barang-barang berharga turut ditinggalkan untuk menyelamatkan diri. Ramai di antara mereka menganggap selepas perang tamat, mereka akan kembali ke tempat tinggal mereka. Tetapi malangnya persengketaan politik yang berterusan telah mengakibatkan Varosha menjadi bandar terbiar.

https://www.instagram.com/p/BLhAWdVjjwQ/?utm_source=ig_embed

3. SHICHENG, CHINA

Shicheng, yang bermaksud kota singa, merupakan satu bandar purba yang dibangunkan sekitar 1,300 tahun dahulu. Bandar tersebut juga merupakan pusat kepada urusan ekonomi, politik dan kebudayaan di daerah Sui’an. Pada tahun 1959, kerajaan China sengaja membanjirkan bandar Shicheng untuk membangunkan empangan Xin’an dan stesen hidroelektrik yang berdekatan. Hampir 300,000 orang dipindahkan untuk projek itu, termasuk mereka yang mempunyai keluarga yang tinggal di bandar Shicheng selama berabad-abad.

Bandar ini ditemukan semula pada tahun 2001 apabila kerajaan China menganjurkan ekspedisi untuk melihat bandar Shicheng yang hilang. Dengan jolokan nama Atlantis Dari Timur, Bandar Shicheng kini menjadi tarikan bagi penyelam dasar laut yang inginkan kelainan semasa menyelam.

https://www.instagram.com/p/B-pv9CODmsz/?utm_source=ig_embed

4. PYRAMIDEN, NORWAY

Bandar ini telah ditinggalkan lebih 20 tahun yang lalu. Pada tahun 1910, bandar ini telah dijumpai oleh kerajaan Sweden dan kemudian dijual kepada Kesatuan Soviet pada 1927 untuk dijadikan kawasan perlombongan arang batu. Selepas perang dunia kedua, kawasan tersebut dibangunkan menjadi sebuah bandar yang dilengkapi dengan hospital, kolam renang, kafe, dan juga tanah perkuburan bagi penduduk di situ. Selepas kejatuhan pihak Kesatuan Soviet, perlombongan di situ merundum dan memaksa operasi dihentikan pada tahun 1991. Kelompok penduduk yang terakhir di situ dipindahkan pada tahun 1998 dan sehingga kini bandar Pyramiden tidak berpenghuni.

Walau bagaimanapun, bandar Pyramiden kemudian dibuka sebagai tempat tarikan pelancong. Namun, harus diingatkan haiwan buas seperti beruang kutub selalu melawati kawasan tersebut. Dinasihatkan kepada pelancong yang ingin bermalam untuk membawa senapang sebagai langkah keselamatan. Atau pun tak perlu ke sana demi keselamatan diri.

https://www.instagram.com/p/B-omBuEgaFl/?utm_source=ig_embed

5. PRIPYAT, UKRAINE

Dalam banyak-banyak bandar yang terbiar, rasanya Pripyat nie yang paling popular. Catatan berkenaan bagaimana bandar ini ditinggalkan tidak berpenghuni pun banyak di internet. Satu letupan yang amat kuat berlaku di loji nuklear tersebut dan mengakibatkan bahan radioaktif terbang ke langit dan menghujani Pripyat, sebuah bandar berdekatan yang dibina untuk menempatkan saintis dan pekerja loji nuklear. Seramai 49,000 penduduk di kawasan itu di pindahkan dalam masa 36 jam. Ramai penduduk Pripyat kemudiannya mengalami masalah kesihatan yang teruk akibat dari pencemaran bahan radioaktif.

Walaupun tahap radiasi di Pripyat telah menurun, saintis menganggarkan bahawa ia boleh mengambil beberapa abad sebelum bandar itu sekali lagi selamat untuk kediaman. Filem pasal bencana Chernobyl nie dah ada untuk korang tengok.

Kalau dekat Malaysia, bandar terbiar tak ada. Tapi bangunan terbiar banyak macam Highland Tower yang ditinggalkan selepas salah satu blok di situ runtuh.

Pengkaji makhluk halus suka lah pergi tempat-tempat macam nie…macam-macam diorang boleh jumpa..apa kata korang pula?..jom share cerita kat ruangan komen..

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!