Kebiasaan yang kita dengar tentang pesalah yang melakukan kes bunuh nie, berakhir dengan hukuman gantung sampai mati ataupun penjara dalam satu tempoh masa yang panjang. Namun kisah kali nie agak berbeza sedikit kerana seorang pembunuh upahan bertukar menjadi youtuber terkenal.

Pembunuh upahan itu dikenali sebagai John Jairo. Ketika Pablo Escobar masih berkuasa, boleh dikatakan semua musuh takut dengannya. Ketakutan mereka bukan sahaja disebabkan keganasan Pablo tetapi mereka tahu Pablo mempunyai seorang pembunuh upahan yang dikatakan sanggup membuat apa sahaja bagi memastikan musuh Pablo menerima hukuman yang Pablo mahukan.

Pembunuh upahan yang berkerja dibawah Pablo Escobar yang paling handal adalah John Jairo “Popeye” Velasquez. Popeye dikatakan telah membunuh seramai 250 orang dan merupakan mastermind untuk lebih daripada 3,000 kes pembunuhan semasa dia berkhidmat sebagai pembunuh upahan untuk Pablo Escobar pada semenjak tahun 1980an!

John Jairo Velasquez dilahirkan pada 15 April 1962 di Colombia. Semasa dia masih muda, dia telah dimasukkan ke Colombian National Army dan kemudiannya meneyertai Akademi Polis Colombia. Namun dia cuma mampu bertahan beberapa hari sahaja kerana dia merasakan dia tidak sesuai untuk menjadi seorang anggota polis. Dia kemudiannya memasuki Akademi Tentera Laut Colombia dan di sanalah dia mendapat gelaran Popeye disebabkan rupa paras dan badannya ketika itu menyerupai watak cartoon Popeye.

Selepas berhenti dari Akedemi Tentera Laut Colombia, dia merasakan dia lebih suka dengan kehidupan sebagai seorang mafia. Sebelum dia berkerja dengan Pablo Escobar, Popeye bekerja dengan rakan baiknya dengan menjadi penjenayah kecil-kecilan. Pada usia dia 18 tahun, dia telah melakukan pembunuhan pertamanya. Mangsa pertamanya adalah seorang pemandu bas di Madellin.

Ibu kepada kawan Pablo Escobar telah menaiki bas yang dipandu oleh pemandu bas ini. Semasa ibunya sedang turun daripada bas, dia telah terjatuh daripada bas. Pemandu bas itu, mengambil keputusan untuk tidak membantu wanita tersebut dan ini telah mengakibat kematian wanita malang itu.

Mengetahui perkara sebenar, anak kepada wanita malang ini akhirnya telah mengadu kepada Pablo Escobar dan dia telah menyuruh Popeye untuk mencari pemandu bas tersebut dan memastikan dia menerima hukuman yang sepatutnya. Selepas membunuh pemandu bas ini, Popeye merasakan tugas sebagai pembunuh upahan merupakan satu benda yang sangat sesuai dan bermula dari situ, banyak lagi pembunuhan telah dilakukan oleh Popeye.

Pada awal tahun 1980, Pablo Escobar telah membentuk satu persatuan yang dipanggil sebagai Los Extraditables bagi menentang kerajaan Colombia dan menghalang mereka daripada menghantar pengedar dan penyeludup dadah diserahkan dan dihukum oleh kerajaan Amerika Syarikat. Pablo telah menyerahkan tugas untuk menguruskan Los Extraditables kepada Popeye. Moto Los Extraditables adalah “We prefer a grave in Colombia to a prison in the United States!“

Menurut Popeye, Pablo telah memastikan semua orang dalam kumpulannya lengkap bersenjata. Dibawah kawalan Popeye, terdapat beberapa orang lagi pembunuh upahan yang diarah dan dikawal oleh Popeye. Setiap hari, Popeye dan orang-orangnya membunuh dalam lima sehingga 12 orang sehari. Mangsa-mangsa mereka terdiri daripada anggota polis, hakim, ahli politik, musuh Pablo dan juga rakyat biasa.

Mereka telah memasang beberapa biji bom untuk membunuh menteri, wartawan dan hakim. Mereka juga dikatakan telah menculik beberapa orang menteri dan ahli politik serta memaksa mereka melakukan perubahan undang-undang bagi memastikan mereka dapat menghalang pengedar dadah yang ditangkap oleh mereka diserahkan kepada kerajaan Amerika Syarikat.

Mangsa Popeye terdiri dari pelbagai jenis. Siapa saja yang Pablo suruh dia bunuh, dia akan terus lakukan tanpa banyak soalan. Ini termasuklah membunuh kekasihnya sendiri, Wendy Chavarriaga Gil (Rujuk Gambar). Wendy merupakan bekas kekasih Pablo dan Wendy dikatakan merupakan pengintip untuk pihak polis.

Pablo Escobar abused me at 14, married me at 15 but kept a ...

Pada suatu hari, Pablo telah menghubungi Popeye dan telah memainkan satu rakaman audio yang mana menunjukkan Wendy sedang bercakap dengan pihak polis dan memberikan mereka maklumat tentang kegiatan Pablo Escobar. Selepas mendengar perbualan tersebut, Pablo telah menyatakan kepada Popeye “You or her, do not hesitate a single second. Plata o plomo, amor o muerte? I’m waiting“

Sebagai pembunuh upahan dan orang kanan Pablo Escobar, Pablo telah membunuh teman wanitanya sendiri walaupun dia pernah menyatakan Wendy merupakan segalanya untuk dirinya. Dia telah menembak Wendy sebanyak dua kali pada bahagian kepalanya. Walaupun dia merasa sedih, dia tahu ia perlu dilakukan kerana Wendi telah cuba mengkianati dia dan juga Pablo Escobar.

Selepas Pablo Escobar mati, Popeye telah ditahan oleh pihak polis dan dimasukkan ke dalam penjara selama 23 tahun dan dilepaskan pada usia dia 52 tahun. Berbeza dengan bekas banduan lain, Popeye merupakan seorang selebriti di Colombia. Dia telah membuat satu Youtube Channel yang dipanggil sebagai Popeye Arrepentido (Remorseful Popeye). Youtube channel yang mempunyai lebih daripada 1 juta subscriber ini mempunyai video yang mana dia bercakap tentang keadaan politik di Colombia dan juga kisah-kisah semasa dia menjadi pembunuh upahan dan orang kanan Pablo Escobar!

Kadang kisah seperti ini yang kita mahukan…iaitu perubahan dari buruk ke baik….yang tak bestnya..perangai buruk tak pernah berubah walaupun dah dipenjara bertahun-tahun. Masuk sama, keluarpon sama…sabor jela..Apa pula kata anda?..jom share kata anda kat ruangan komen

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!