Tasik yang dikenali sebagai Skeleton Lake ini terletak di daerah Uttarakhand yang pada mulanya dijumpai oleh British Forest Guard pada tahun 1942. 16,000km dari paras air laut, terdapat satu tasik kecil yang telah beku namun di dalam tasik dan sekelilingnya terdapat beratus-ratus tengkorak dan juga tulang manusia.

Menurut kajian dan laporan, tulang-tulang ini dikatakan adalah milik manusia yang hidup pada kurun ke-19. Ketika pihak British menjumpai tasik ini, mereka beranggapan tulang-tulang ini adalah milik tentera Jepun yang cuba menceroboh India. Oleh kerana pada masa itu peperangan masih lagi berjalan, mereka merasakan tentera Jepun mungkin cuba menyerang hendap mereka dengan melalui gunung Himalaya namun mati kesejukan.

Namun setelah kajian dilakukan oleh saintis British, mereka mengesahkan yang tulang dan tengkorak ini telah berusia lebih beratus tahun dan bukannya milik tentera Jepun. Tasik ini tidaklah sedalam mana. Ia cuma mempunyai kedalaman dua meter sahaja namun tengkorak dan tulang dalam tasik ini nampak lebih jelas bila dilihat dari jauh.

Selain daripada tulung-tulang dan tengkorak, mereka juga turut menjumpai beberapa peralatan dan artifak lama seperti mangkuk yang diperbuat daripada kayu, iron spearhead, selipar daripada kulit binatang dan juga barang-barang kemas seperti rantai leher.

Kajian mendapati terdapat lebih daripada 300 tengkorak manusia yang terdapat di dalam Tasik Roopkund dan juga disekelilingnya. Banyak teoriĀ  dibuat untuk mencari punca sebenar dan bagaimana tengkorak ini boleh berada di dalam Tasik Roopkund. TeoriĀ ini termasuklah wabak penyakit, tanah runtuh dan juga ritual pembunuhan beramai-ramai.

Selama berpuluh-puluh tahun, tiada siapa yang dapat mencari jawapan tentang misteri Tasik Roopkund. Tulang-tulang ini disahkan berasal dari tahun 850AD dan berdasarkan ujian DNA, tulang-tulang ini berasal daripada dua kumpulan manusia.

Kumpulan pertama dikatakan berkemungkinan adalah satu keluarga yang besar yang mempunyai pertalian darah antara satu sama lain dan kumpulan kedua kemungkinan adalah daripada kumpulan manusia yang berkhidmat sebagai pembawa barang-barang daripada satu kampung ke satu kampung yang lain.

Ujian DNA juga menunjukan 70% daripada mangsa mempunyai pertalian darah ataupun berasal daripada negara Iran manakala selebihnya merupakan orang-orang asal yang tinggal di kawasan Himalaya. Ada theory menyatakan kemungkinan orang-orang Iran ini meminta beberapa orang asal disana untuk membantu mereka dan menunjukan kawasan yang sesuai untuk mereka membina penempatan mereka sendiri.

Bila dilihat daripada keadaan kebanyakan tengkorak yang berada di Tasik Roopkund ini, mostly mereka mempunyai kecederaan pada bahagian belakang kepala mereka. Saintis menyatakan ini bukan berpunca daripada serangan senjata mahupun tanah runtuh.

Kesan pada tengkorak mereka menunjukan diserang oleh sesuatu benda yang bulat seperti bola. Satu-satunya penjelasan yang paling logik adalah semasa mereka sedang mencari penempatan, satu ribut petir telah muncul. Batu-batu kecil telah berterbangan dan telah terkena kepala mangsa. Oleh kerana tiada tempat untuk berlindung dan berteduh, mereka semua telah menemui ajal disebabkan oleh ribut petir ini.

Admin rasa, mereka di bunuh beramai-ramai ketika itu..apa pula kata anda?..jom share kat ruangan komen.

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

One thought on “TASIK MISTERI PENUH DENGAN RANGKA MANUSIA!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!