Hari ini saya akan ceritakan tentang seorang pembunuh bersiri yang agak terkenal dengan sifatnya yang kejam dalam sejarah iaitu Jeffrey Dahmer. Boleh dikatakan dia antara top three pembunuh bersiri paling kejam. Dia bukan sahaja membunuh mangsa-mangsanya, dia juga sanggup bertindak memakan anggota badan mangsanya demi memuaskan nafsu membunuhnya.

Jeffrey Dahmer atau dikenali dengan panggilan The Milwaukee Cannibal dilahirkan pada 21 May 1960 dan merupakan anak paling tua diantara dua adik-beradik. Ayahnya, Lionel Dahmer merupakan seorang pelajar di Marquette University manakala ibunya pulak, Joyce Dahmer mengidap pelbagai jenis penyakit dan juga ketagih ubat penenang.

Semasa kecil, Jeffrey selalu melihat ibu dan ayahnya bertengkar dan ini membuatkan dia membesar dengan sifat ini bersendiri dan tidak tahu bergaul dengan orang sekeliling. Jeffrey juga mula menunjukan minat terhadap serangga dan dia selalu menangkap dan mengumpul serangga-serangga yang dia jumpai di sekitar kawasan rumahnya.

Dia juga sering mengumpul bangkai-bangkai haiwan yang dijumpai di tepi-tepi jalan yang mana kemudiannya dia gunakan untuk bedah dan melihat apa yang ada dalam tubuh badan bangkai haiwan tersebut samada di rumahnya, di bengkelnya atau pun di hutan belakang rumahnya.

Di sekolah pula, Jeffrey dipuji oleh guru dan mereka mengatakan Jeffrey merupakan seorang kanak-kanak yang cerdik dan tidak banyak menimbulkan masalah namun pada usia 14 tahun, Jeffrey mula terdedah dengan arak dan dia selalu menyeludup masuk arak ke dalam sekolahnya tanpa dikesan oleh guru-guru.

Kes pembunuhan pertama Jeffrey Dahmer berlaku pada tahun 18 June 1978. Setelah ayah dan ibunya bercerai, adik lelakinya telah di berikan kepada ibunya manakala Jeffrey tinggal bersama ayahnya. Ketika dia tinggal seorang di rumah, dia telah menjemput seorang remaja lelaki, Stephen Hicks yang ketika itu berumur 18 tahun.

Jeffrey mengajak Stephen ke rumahnya dengan alasan untuk minum bersama-sama. Ketika Stephen memberitahu yang dia nak balik, Jeffrey telah menghentak kepalanya dengan menggunakan dumbbell seberat 10 pound dan mencekiknya sehingga mati. Dia kemudiannya mengambil keputusan membedah badan Stephen selepas dia memuaskan nafsunya.

Dia kemudianya menanam mayat Stephen di belakang rumahnya namun setelah beberapa minggu dia menggali kembali mayat tersebut dan melarutkan anggota badan Stephen menggunakan cecair kimia lalu membuang sisa-sisa badan Stephen di dalam toilet.

Beberapa tahun selepas itu, Jeffrey telah berpindah dan menetap dirumah neneknya. Pada 20 November 1987, Jeffrey sekali lagi mengajak seorang lelaki bernama Steven Tuomi ke bilik hotelnya di Ambassador Hotel. Pada keesokan harinya, dia terkejut melihat tubuh badan Steven yang telah kaku dengan kesan lebam yang banyak pada tubuh badan Steven.

Setelah mengesahkan yang Steven telah mati, Jeffrey telah membeli satu bag besar untuk menyimpan mayat Steven dan membawanya pulang ke rumah neneknya. Di sana, dia telah memotong anggota badan Steven dengan menggunakan gergaji dan tukul untuk menghancurkan tulang-tulang. Jeffrey kemudianya membuang sisa-sisa badan Steven ke dalam tong sampah.

Dia yang kini telah ketagih untuk membunuh, telah mengumpan seorang lagi remaja lelaki berumur 14 tahun ke rumah neneknya. Remaja yang bernama James Doxtator merupakan seorang pelacur dan Jeffrey telah memberitahu dia akan membayar James sebanyak USD50 untuk melakukan hubungan seks dengannya di rumah. Selepas selesai melakukan seks, Jeffrey telah mencekik James sehingga mati dan membiarkan mayatnya dibilik bawah tanah selama seminggu sebelum dia memotong dan membuang anggota badan mangsanya didalam tong sampah.

Mangsa terakhir Jeffrey merupakan penyebab dia ditangkap oleh polis. Pada 22 July 1991, Jeffrey telah menjemput seorang lelaki bernama Tracy Edwards datang ke rumahnya untuk minum dan melakukan hubungan seks. Ketika berada di rumahnya, Jeffrey telah cuba menggari tangan Tracy dan mengugut ingin memakan hatinya.

Tracy berjaya melarikan diri apabila dia telah menumbuk muka Jeffrey yang ketika itu sedang leka melihat television. Nasib Tracy sangat baik apabila dua anggota polis melihat dia yang berlari ketakutan dalam keadaan bogel di tengah jalan. Tracy telah membawa dua anggota polis tersebut ke rumah Jeffrey.

Ketika di rumah Jeffrey, anggota polis telah menjumpai pelbagai gambar-gambar bogel milik mangsa-mangsa yang telah dibunuh oleh Jeffrey sebelum ini. Jeffrey cuba melarikan diri namun tidak berjaya. Polis juga menjumpai tujuh tengkorak, dua hati manusia dan beberapa tangan manusia yang disimpan didalam peti sejuk milik Jeffrey.

Di makamah, Jeffrey telah mengaku bersalah atas tujuh belas pembunuhan dan selama 60 jam soal siasat, Jeffrey telah memberitahu pihak polis secara terperinci bagaimana dia membunuh dan melarutkan anggota badan mangsa yang dia telah bunuh.

Jeffrey telah disabitkan kesalahan membunuh dan cuma diberikan hukuman penjara seumur hidup kerana State of Wiconsin telah membubarkan hukuman mati pada tahun 1853. Semasa di dalam penjara, Jeffrey dan dua lagi banduan iaitu Jesse Anderson dan Christopher Scarver telah diminta untuk mencuci bilik air awam. Ketika anggota penjara datang kembali untuk melihat hasil kerja mereka, anggota penjara telah menjumpai Jeffrey dan Jesse berlumuran darah dilantai tandas.

Jeffrey telah dibawa ke hospital namun tidak sempat diselamatkan manakala Jesse juga tidak dapat diselamatkan dan mati dua hari kemudian. Mereka berdua telah diserang oleh Christopher dengan batang besi dan dia memberitahu kepada pengawal penjara yang “tuhan” telah menyuruhnya membunuh mereka berdua.

Bayangkan dari tahun 1978 sehingga tahun 1991, Jeffrey Dahmer telah merogol dan membunuh 17 orang lelaki sebelum dia ditahan oleh pihak polis. 13 tahun dia berluasa!…Sungguh dasyat…semoga kita dijauhi dari perkara-perkara sebegini. Apa pula kata anda..jom komen kat ruangan komen.

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!